Kemahiran Belajar GKB1053
Kursus ini bertujuan menyediakan pelajar dengan pelbagai kemahiran serta membina keyakinan diri bagi menangani pembelajaran pada peringkat pengajian tinggi. Kandungan kursus merangkumi tiga komponen:
kemahiran literasi maklumat, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dan kemahiran pengurusan iri sebagai siswazah dalam institusi pengajian tinggi. Cara-cara menggunakan perisian komputer dan sistem pengurusan maklumat didedahkan bagi meningkatkan keupayaan belajar. Aspek-aspek pentaksiran dan menangani masalah pembelajaran juga dibincangkan agar pelajar dapat membuat persediaan menghadapinya.