JTP Committed to Excellence

Technology is just a tool. In terms of getting the kids working together and motivating them, the teacher is the most important.~Bill Gates

JTP Committed to Excellence

The march of science and technology does not imply growing intellectual complexity in the lives of most people. It often means the opposite. ~Thomas Sowell

JTP Committed to Excellence

Cyberspace. A consensual hallucination experienced daily by billions of legitimate operators, in every nation, by children being taught mathematical concepts. ~William Gibson

JTP Committed to Excellence

The newest computer can merely compound, at speed, the oldest problem in the relations between human beings, and in the end the communicator will be confronted with the old problem, of what to say and how to say it. ~Edward R. Murrow

JTP Committed to Excellence

Technology is just a tool. In terms of getting the kids working together and motivating them, the teacher is the most important.~Bill Gates

Welcome to Web Jabatan Teknologi Pendidikan ~A Information Technology Blog [A Blog About Technology, Information,Blogger, Graphics, Software, How To, Tips and Tricks]
Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts

Wednesday, 9 April 2014

Kemahiran Belajar

Kemahiran Belajar GKB1053



Kursus ini bertujuan menyediakan pelajar dengan pelbagai kemahiran serta membina keyakinan diri bagi menangani pembelajaran pada peringkat pengajian tinggi.  Kandungan kursus merangkumi tiga komponen: 
kemahiran literasi maklumat, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dan kemahiran pengurusan iri sebagai siswazah dalam institusi pengajian tinggi.  Cara-cara menggunakan perisian komputer dan sistem pengurusan maklumat didedahkan bagi meningkatkan keupayaan belajar.  Aspek-aspek pentaksiran dan menangani masalah pembelajaran juga dibincangkan agar pelajar dapat membuat persediaan menghadapinya.

Teknologi Pengajaran

Teknologi Pengajaran - TPK2102W
Kursus ini akan membincangkan beberapa aspek perancangan, teori, rekabentuk dan pembangunan media pengajaran, iaitu teknologi pengajaran (rekabentuk pengajaran dan pembangunan pengajaran) menjadi kemahiran dan ilmu pengetahuan teras untuk digunakan bagi memangkin dan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran yang praktikal dan efektif. Di samping itu kekuatan teknologi internet dan sumbernya akan dimanfaatkan dalam aktiviti pembelajaran.  Semua bentuk teknologi tersebut akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara bersepadu dengan mengambil kira kemahiran abad ke-21.
  

Teknologi dalam PdP

Kursus ini membincangkan konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi pendidikan; pemilihan, penghasilan, penggunaan dan penilaian media pengajaran; aplikasi kemahiran teknikal menggunakan pelbagai media pengajaran; pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran; pengurusan media dan sumber pendidikan.

Monday, 24 March 2014

Latihan Pembangunan Staf

Pengenalan

Setiap semester JTP tidak pernah terlepas peluang untuk memberi khidmat kepakaran ICT mereka kepada warga institut.  Beberapa kursus ICT yang dijadualkan telah berjaya dilaksanakan.  Seringkali kursus ditawarkan mendapat sambutan yang memberasangkan sehingga jabatan terpaksa menapis bilangan peserta.  Ini menunjukkan warga institut keseluruhannya mempunyai sikap positif dan peka terhadap perkembangan dan peredaran ICT yang sentiasa berubah mengikut masa, justeru itu mereka juga perlu meningkatkan kemahiran ICT setiap masa.
Antara kursus yang dirancang akan dan telah dilaksanakan bagi tahun 2014:
1.  Kursus Hamparan Elektronik Peringkat Pertengahan
2.  Kursus Laman Web FROG
3.  Kursus Online Learning (OLL-PPG) 

Pensyarah Baru

Jabatan Teknologi Pendidikan telah mengendalikan kursus eLearning & LMS bagi pensyarah yang masih belum mengikuti kursus tersebut.  Seramai 15 peserta telah mengikuti kursus tersebut yang diadakan selama dua hari iaitu pada 8 dan 12 Julai 2013 di Makmal Komputer Bahasa.  Fokus yang diberi adalah tentang:
  • Konsep eLearning & LMS
  • Persekitaran eLearning
  • Kelebihan aplikasi eLearning
  • Hands-on Portal PPG
    • Add Resources
    • Add Activity - forum, assignment & quiz
Sebagai kesimpulan peserta telah didedahkan dan berpengalaman menggunakan portal PPG dengan lebih baik dan berkesan.  Mereka juga dapat melakukan interaksi forum dengan betul.

.

.