Teknologi Pengajaran - TPK2102W
Kursus ini akan
membincangkan beberapa aspek perancangan, teori, rekabentuk dan pembangunan
media pengajaran, iaitu teknologi pengajaran (rekabentuk pengajaran dan
pembangunan pengajaran) menjadi kemahiran dan ilmu pengetahuan teras untuk
digunakan bagi memangkin dan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran yang praktikal
dan efektif. Di samping itu
kekuatan teknologi internet dan sumbernya akan dimanfaatkan dalam aktiviti
pembelajaran. Semua bentuk teknologi
tersebut akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara
bersepadu dengan mengambil kira kemahiran abad ke-21.